Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ)2637 views

Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ)

Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri. Merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan berusaha gigih mengurus tadbir dan memastikan Hang Tuah Jaya membangun menjadi sebuah Bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian yang ideal untuk belajar, bekerja, mendiami dan berekreasi seiring gagasan 1 Malaysia. Perancangan yang teliti dan bersistematik akan menjadikan kawasan Perbandaran ini kawasan persekitaran yang selamat, kondusif dan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduknya.

Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ)

Visi

Ke Arah Perbandaran Mampan Berkonsepkan Hijau Menjelang 2020.

Misi

Peneraju Pembangunan dan Perkhidmatan Berkualiti Untuk Kesejahteraan Komuniti.

Hubungi

Sila klik disini  http://www.mphtj.gov.my/ms/hubungi-kami

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives