Jawatan Kosong MPHTJ (Majlis Perbandaran Hang Tuah)3419 views

Jawatan Kosong MPHTJ (Majlis Perbandaran Hang Tuah). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Majlis Perbandaran Hang Tuah dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda semua dipelawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan kerja kosong MPHTJ adalah pada 14 April 2017.

Jawatan Kosong MPHTJ (Majlis Perbandaran Hang Tuah)

Jawatan Kosong MPHTJ (Majlis Perbandaran Hang Tuah)

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di Majlis Perbandaran Hang Tuah :-

    1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
    2.  PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
    3. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
    4. AKAUNTAN WA41
    5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
    6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
    7. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
    8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) N19
    9. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

Syarat Asas Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan.
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan yang disediakan SYARAT-SYARAT PELANTIKAN 

Cara Memohon

  • Semua permohonan hendaklah menggunakanBorang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta.
  • Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.
  • Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.
  • Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.
  • Sila hantarkan permohonan anda ke alamat :-

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

SF-01, Aras 2,

Kompleks Melaka Mall,

Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,

75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka

(U.P  : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Selamat membuat permohonan Kerja Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives