Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan20028 views1 application

Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 SPA hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i.  sehingga tarikh tutup permohonan pada 22hb April 2018.

Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 (7 Kekosongan)

Berikut adalah iklan terkini jawatan kosong SPA terkini melibatkan permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan -SUK Negeri Melaka.

  • Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • 7 Kekosongan di Pejabat Setiausaha Kerajaan – SUK Negeri Melaka

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh tutup permohonan  Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah pada atau sebelum 22 April 2018 (Ahad) jam 1159 malam. Iklan permohonan boleh dirujuk seperti berikut :-

Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir kewangan, perkeranian dan operasi

Sumber SPA

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Berikut merupakan tugas seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19:

  • Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan menolong pihak pengurusan atau penyelia dalam kerja-kerja seperti berikut:
    • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
    • Mengurus serta mengawal peruntukan.
    • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
    • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
    • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berkaitan dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Maklumat Lanjut

  • Sila rujuk kepadasenarai tugas dan gajiserta syarat lantikan seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 SPA

Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives