Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)4978 views

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- “Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.”

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Visi

Menjadi agensi peneraju yang berwibawa, dinamik dan profesional dalam pelantikan dan urus tadbir perkhidmatan penjawat awam.

Misi

Melantik penjawat awam yang berkualiti dan berintegriti serta menguruskan hal ehwal perkhidmatan secara cekap dan berkesan ke arah negara yang progresif dan maju.

Hubungi

Sila klik  http://www.spa.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives