Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 SPA hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i. sehingga tarikh tutup permohonan pada 22hb April 2018.
Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 (4 Kekosongan)
Berikut adalah iklan terkini jawatan kosong SPA terkini melibatkan permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) di jabatan kerajaan.
- Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
- 4 Kekosongan
Tarikh Penting Permohonan
Tarikh tutup permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) adalah pada atau sebelum 22 April 2018 (Ahad) jam 1159 malam. Iklan permohonan boleh dirujuk seperti berikut :-
Sumber SPA
Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
Berikut merupakan tugas seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19:
- Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang
Jadual Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- GAJI MINIMUM : RM1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM4,003.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00
Maklumat Lanjut
- Sila rujuk kepadasenarai tugas dan gajiserta syarat lantikan seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 SPA
Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti.