Permohonan Jawatan Pembantu Operasi Gred N118618 views2 applications

Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia,  Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Permohonan jawatan Pembantu Operasi Gred N11 SPA hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i.  sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 April 2018.

Permohonan Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 (111 Kekosongan)

Berikut adalah iklan terkini jawatan kosong SPA terkini melibatkan pengambilan Pembantu Operasi Gred N11 di beberapa jabatan kerajaan.

  • Permohonan Pembantu Operasi Gred N11 SPA
  • Kekosongan di Kementerian Kesihatan Malaysia,  Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh tutup permohonan jawatan Pembantu Operasi Gred N11 adalah pada atau sebelum 15 April 2018 (Ahad) jam 1159 malam. Iklan permohonan boleh dirujuk seperti berikut :-

Permohonan Jawatan Pembantu Operasi Gred N11

Sumber SPA

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11

Berikut merupakan tugas seorang Pembantu Operasi Gred N11:

  • Menjalankan kerja-kerja dalam menolong melancarkan perjalanan kerja pejabat seharian membabitkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat atau dokumen atau saman atau notis dan pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang memiliki lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E. Bertugas menjalankan kerja-kerja operasi am berbentuk hands-on yang memerlukan kebolehan fizikal di dalam pejabat atau jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)]

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pembantu Operasi Lepasan UPSR/ PMR/ PT3

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Operasi adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,216.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 2,983.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00

Maklumat Lanjut

Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives