Permohonan Pembantu Makmal Gred C19 SPA18418 views2 applications

Berita baik buat pencari kerjalulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2018. PermohonanPembantu Makmal Gred C19 SPA hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i.

Permohonan Pembantu Makmal Gred C19 SPA Jabatan Kimia Malaysia (13 Kekosongan)

Berikut adalah iklan terkini jawatan kosong SPA terkini di Jabatan Kimia Malaysia.

  • Permohonan Pembantu Makmal Gred C19 SPA
  • Keutamaan untuk calon yang mempunyai mata pelajaran Kimia (Chemistry) dan Kimia Gunaan (Applied Chemistry)

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 18 Mac 2018 (Ahad) jam 1159 malam.

Permohonan Pembantu Makmal Gred C19 SPASumber SPA

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19

Berikut merupakan tugas Pembantu Makmal Gred C19:

  • Melakukan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, menolong menyelenggara kelengkapan analisis, penyediaan stok reagen dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh pegawai atasan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji Pembantu Makmal Gred C19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Makmal Gred C19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Makmal Gred C19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana satu subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
        (Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,357.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,413.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,469.80).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives