Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP1923194 views1 application

Berita baik buat pencari kerjalulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 SPA hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i.

Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 SPA Jabatan Imigresen Malaysia

Berikut adalah iklan terkini jawatan kosong SPA terkini di JabatanM Imigresen Malaysia.

  • Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 SPA
  • Kekosongan Jawatan : 415 Kekosongan

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 25 Mac 2018 (Ahad) jam 1159 malam.

Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19

Sumber SPA

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Pegawai Imigresen Secara Online

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

Panduan pendaftaran klik Permohonan SPA8i online

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen.

  • Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Jabatan Imigresen

Jadual Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Imigresen Gred KP19

  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Maklumat Lanjut

Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives