Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19. Nak mohon kerja di Jabatan Imigresen Malaysia? Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kerajaan dalam bidang Unit Beruniform. Jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Pada masa yang sama, syarat lantikan dan kelayakan juga boleh dirujuk seperti di bawah ini.

Mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam, jom daftar sekarang juga.

Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19.

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen.

  • Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Jabatan Imigresen

Jadual Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Imigresen Gred KP19

  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • A. warganegara Malaysia;
  • B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • C. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • c.mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • d.mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • e .lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • g.diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sumber SPA

Semoga perkongsian tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan amanah untuk kemajuan negara Malaysia.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives

Rahsia LULUS Temuduga Jawatan SPA

error: Content is protected !!