Senarai Tugas Pegawai Bomba Gred KB19

Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Pegawai Bomba Gred KB19. Anda berminat untuk pasukan beruniform kerajaan? Panduan buat mereka yang berminat untuk bekerja dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Bomba Gred KB19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Juga dikongsikan, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini.

Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Pegawai Bomba Gred KB19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, anda dialu-alukan untuk mendaftar pekerjaan secepat mungkin secara online.

Senarai Tugas Pegawai Bomba Gred KB19

Deskripsi Tugas Pegawai Bomba Gred KB19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pegawai Bomba Gred KB19 di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

  1. Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  2. Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  3. Mengendalikan pam bomba.
  4. Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  5. Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jadual Gaji Pegawai Bomba Gred KB19 – Senarai Tugas Pegawai Bomba

Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Bomba Gred KB19.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Pegawai Bomba

Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pegawai Bomba Gred KB19.

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • A. warganegara Malaysia;
    B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    C. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)

Senarai Tugas Pegawai Bomba

ii. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  • c. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • d. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • e. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • f. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

iii. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:

  • a. mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • b. menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
  • c. menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
  • d. memanjat tali.

iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lantikan Bekas Anggota Tentera

  • Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii)

Sumber SPA

Semoga perkongsian tugas Pegawai Bomba Gred KB19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Semoga permohonan jawatan anda berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives