Permohonan Jawatan Kosong KEMAS 2019 Seluruh Malaysia502478 views

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon kerja kosong yang dibuka seperti yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan jawatan kosong KEMAS adalah pada 16 April 2019.

Anda semua digalakkan untuk segera membuat permohonan dan tidak melepas peluang keemasan ini bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kemajuan Malaysia sebelum tarikh tutup. KEMAS juga begitu tegas dalam proses pemilihan pekerjaoleh kerana persaingan yang hebat, jadi permohonan yang mematuhi syarat yang ditetap amat disarankan .

permohonan jawatan kosong kemas

Permohonan Jawatan Kosong KEMAS 2019 Lepasan SPM/Diploma Seluruh Malaysia

Berikut adalah senarai jawatan kosong dan bilangan kekosongan yang ada ditawarkan di Jabatan Kemajuan Masyarakat mengikut skim :-

1. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

JawatanKekosongan
Pegawai Operasi Dasar dan Strategik6
Tenaga Pengajar Akademi Kemahiran KEMAS1
Pegawai Operasi Pembangunan Komuniti dan Kemahiran13

2. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Jawatan Pemaju MasyarakatKekosongan
Pendidikan:
Kemahiran Jahitan28
Kemahiran Masakan14
Kemahiran Seni Tangan1
Kemahiran Dandanan Diri1
Kesejahteraan Keluarga3
Lain-lain:
Bina Insan3
Pusat Sumber14
Pendidikan Literasi Fungsian8
Gerakan Daya Wawasan1

Kadar Gaji

Berikut merupakan anggaran gaji mengikut gred:

  • Jawatan Gred S29 : RM1,493.00 – RM5,672.00
  • Jawatan Gred S19 : RM1,352.00 – RM4,003.00

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong KEMAS 2019

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Berkelayakan dan mempunyai sekurang-kurangnya SPM (gred S19) dan Diploma (gred S29) atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan di bawah

Cara Mohon Jawatan Kosong KEMAS 2019

  • Permohonan mesti dilakukan dengan menggunakan Borang KEMAS Pin. 2019. Borang tersebut boleh dimuat turun di http://kemas.gov.my
  • Permohonan yang dikemukakan hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan sahaja dengan menyatakan jurusan jawatan.
  • Sila hantar borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap berserta dokumen yang sah kepada salah satu alamat KEMAS negeri mengikut kekosongan jawatan sebelum tarikh tutup permohonan.

Peringatan :

Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya borang permohonan :-

  • Gagal menggunakan Borang KEMAS Pin. 2019
  • Tidak lengkap atau tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan atau tidak disahkan
  • Tidak dihantar ke Pejabat KEMAS Negeri
  • Diterima selepas tarikh tutup iklan iaitu pada 16 April 2019

Jika permohonan anda tidak menerima sebarang maklum balas selepas 3 bulan dari tarikh tutup, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Malaysia. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives