Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19. Berikut dikongsikan panduan dan maklumat jawatan buat mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat. Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Seterusnya dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 beserta dengan jadual gajiminimum/ maksimum. Juga, terdapat syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk.

Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, sangat dialu-alukan untuk mendaftar secepat mungkin.

Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat

 

Deskripsi Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Antara tanggungjawab Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah seperti berikut:

  • Menolong serta memikul tanggungjawab dalam semua urusan berkaitan pemulihan kanak-kanak cacat, khidmat pemulihan akhlak dan sebagainya. Juga memikul amanah untuk memberi khidmat nasihat buat Pertubuhan Sukarela termasuk Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Skop Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Arkib.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dapat memberi anda idea akan skop kerja dan gaji seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives