Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Senarai Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 SPA Dan Gaji. Bekerja di sektor perkhidmatan awam atau government adalah pilihan ramai orang masa kini. Sekiranya anda berminat untuk bekerja sebagai kakitangan awam kerajaan, berikut dikngsikan Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang mungkin berseusian sesuai dengan anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i online di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran

 

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran SPA Gred KP19

Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Pendaftaran Gred KP19 :

  • Bertugas memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran. Juga melaksanakan tugas-tugas lain yang berkenaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Pendaftaran Negara

Skop Kerja Dan Jadual Gaji Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pendaftaran Gred KP19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,355.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,416.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,472.80).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang disediakan dapat membantu urusan anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives