Tarikh Pembayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam

Tarikh Dan Jumlah Bayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018. Bilakah tarikh pembayaran bonus tahun 2018? Nampaknya kakitangan awam dan pesara kerajaan akan tersenyum lebar tahun ini. Mananya tidak, mereka akan menerima bantuan khas atau bonus seperti pengumuman PM di pembentangan Bajet 2018.  Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan akan menerima sejumlah RM1,500 sebagai bayaran khas tahun 2017 dan bayaran khas Aidilfitri tahun 2018. Pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas dengan jumlah RM750.

Pembayaran bayaran khas akan dibuat 2 kali iaitu pada awal Januari 2018 dan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018. Pembayaran bayaran khas kali ini adalah 3 kali lebih banyak berbanding pemberian beberapa tahun yang lepas yang hanya berjumlah RM500.

Tarikh Pembayaran Bonus 2018 kakitangan awam

Bayaran Khas Tahun 2017 Dan Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Berikut adalah maklumat penting berkaitan jumlah dan Tarikh pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018 (Bayaran Khas) untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara Kerjaaan. Pembayaran bayaran khas akan dibuat sebanyak 2 kali pada awal Januari 2018 dan menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018.

Kerajaan telah memutuskan supaya Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Ianya atas keperihatinan Kerajaan dalam menghargai kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan negara. Serta melaksanakan sistem  penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat

Kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM500.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.

Jumlah Bayaran Khas

  1. Kakitangan awam : Bayaran Khas tahun 2017 sebanyak RM1,000 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM500. Jumlah sebanyak RM1,500
  2. Pesara Kerajaan : Bayaran Khas tahun 2017 sebanyak RM500 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM250. Jumlah RM750

Tarikh Pembayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam/ Pesara Kerajaan

Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-.

  1. Tarikh Pembayaran Pertama : RM1,000 pada 8 Januari 2018 (Tahun lepas pada 3 Januari 2017)
  2. Bayaran kedua : RM500 Menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018

Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas RM750 iaitu

  • RM500 dibayar pada 8 Januari 2018 dan
  • RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada dokumen berikut :-

Semoga Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Pesara 2018 boleh dijadikan panduan dalam membuat perancangan perbelanjaan menjelang permulaan persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri. Gunakan bantuan khas yang diberikan dengan penuh berhemah ketika keadaan ekonomi negara yang tidak menentu masa kini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives