Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Dan Gaji. Beminat untuk bekerja dalam bidang ketenteraan? Jika begitu, jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 mungkin dapat menarik minat anda. Jawatan kerajaan ini dapat dipohon jika anda memiliki kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil

Bagi yang berminat untuk mengisi jawatan kosong sebagai Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Anda boleh mendaftar sepanjang masa secara atas talian atau online. Senarai Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 beserta jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan telah disediakan sebagai rujukan.

Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Dan Gaji

Tugas seorang Laskar Kelas II Maritim Gred T1 adalah seperti berikut.

  • Memikul tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja peringkat sokongan yang merangkumi Zon Maritim Malaysia dalam aspek penguatkuasaan peraturan dan undang-undang di bawah undang-undang persekutuan; menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa; menjalankan tugas mencegah dan menyekat kelakuan jenayah; menghulur pertolongan dalam hal yang berkaitan dengan jenayah yang diminta oleh negara lain; melakukan pemantauan pantai dan udara serta menyediakan servis transportasi kepada pihak atau agensi yang memerlukan. Selain itu, tanggungjawab yang diamanahkan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal serta mencegah maritim daripada tercemar; mencegah dan menyekat narkotik daripada diedar secara haram. Pemberian perintah kerja yang ditugaskan akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia ketika darurat, bencana tertentu atau berlakunya peperangan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Jadual Gaji Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Maklumat gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Laskar Kelas II Maritim Gred T1 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,441.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,152.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 105.00

Syarat Lantikan

Antara kelayakan untuk menjadi seorang Laskar Kelas II Maritim Gred T1 adalah.

  • Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
  • Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau yang setaraf dengannya .
      (Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,441.00); atau
    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf.
      (Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,441.00): atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,507.01); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,573.02).
  • Menepati standard sifat fizikal dan pancaindera seperti di bawah:
    • ketinggian tidak kurang dari 1.63 meter untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan dalam keadaan tidak memakai kasut;
    • mempunyai berat tidak kurang dari 50 kilogram untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan;
    • memiliki bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
    • mempunyai saiz ukuran dada yang normal tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
    • lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang dilakukan secara berasingan menggunakan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
    • mentafsir warna dan bunyi tanpa cela; dan
    • telah menjalani pemeriksaan dengan pengamal perubatan berdaftar serta dipersetujui lulus untuk berkhidmat.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

SumberSPA

Selamat memohon kepada semua yang berminat. Diharap agar maklumat deskripsi tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini dapat membantu dalam membuat perrmohonan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives