Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 SPA iaitu sebanyak 2.446 kekosongan hendaklah dibuat melalui pendaftaran pekerjaan secara online di SPA8i.
Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (2,446 Kekosongan)
Berikut adalah iklan terkini jawatan kosong SPA melibatkan permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
- 2,446 Kekosongan di Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Penting Permohonan
Tarikh tutup permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah pada atau sebelum 6 Mei 2018 (Ahad) jam 1159 malam. Iklan permohonan boleh dirujuk seperti berikut :-
Sumber SPA
Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 di sektor perkhidmatan awam :
- Bertugas menolong menjalankan kerja-kerja asas berkenaan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan kerja-kerja lain yang seumpama dengannya.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,204.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 3,001.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00
Maklumat Lanjut
- Sila rujuk kepada senarai skop kerja/ tugas dan gaji serta syarat lantikan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 SPA
Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti.