Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

Senarai Tugas Pembantu Awam Gred H11 SPA Beserta Tangga Gaji. Adakah anda berkelulusan peringkat PMR/ PT3? Jika anda berminat untuk memohon pekerjaan yang memerlukan keupayaan fizikal, jawatan Pembantu Awam Gred H11 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan maklumat skop kerja atau Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11 termasukjadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Mereka yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagai Pembantu Awam Gred H11. Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

Deskripsi Tugas Pembantu Awam SPA Gred H11

Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Awam Gred H11 di sektor perkhidmatan awam :

  1. Melaksanakan kerja-kerja umum bercirikan hands-on yang membutuhkan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan kerja-kerja berkenaan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Melakukan kerja penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Melaksanakan kerja pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Menjalankan kerja-kerja lain yang diamanahkan oleh ketua jabatan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pembantu Awam Gred H11

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Awam Gred H11 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,218.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 2,939.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Awam Gred H11.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,218.00). (Syarat Tambahan: Untuk kerja menyelamat, calon mesti mempunyaii Sijil Pertolongan Cemas dan berkemampuan untuk berenang. Untuk kerja memandu enjin sangkut atau motobot, calon mesti mempunyai perakuan kekompetenan yang berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
        (Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,264.15).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives