Semakan Status Permohonan SPA Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga SPA Online. Bagaimanakah cara yang paling mudah dan pantas dalam mengetahui keputusan peperiksaan dan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan SPA secara online iaitu untuk keputusan peperiksaan SPA dan temuduga. Kepada pemohon yang berminat memohon jawatan kosong kerajaan, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui borang permohonan SPA8i secara atas talian/ online.

Pemohon adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi SPA kerana iklan senarai jawatan kosong kerajaan termasuk senarai jadual temuduga, Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan serta Assessment Centre akan diaparkan kepada umum.

Semakan Status Permohonan SPA

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga SPA Online

Berikut dikongsikan maklumat penting dalam membuat semakan keputusan peperiksaan dan temuduga SPA secara online. Maklumat yang dikongsikan termasuk semakan keputusan peperiksaan, jadual serta keputusan temuduga dan senarai penjadualan peperiksaan/ temuduga. Maklumat dan status pengambilan jawatan kosong Kerajaan ini boleh disemak secara atas talian sekaligus memudahkan urusan para pemohon.

A. Semakan Status Permohonan SPA Secara Online

Pemohon jawatan kosong kerajaan boleh membuat semakan keputusan temuduga dan peperiksaan SPA mereka melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:-

  1. Keputusan Peperiksaan Online (Termasuk Keputusan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan)
  2. Senarai Keputusan Temuduga SPA
  3. Senarai Keputusan Assessment Centre

SPA juga ada menyediakan semakan seperti berikut :-

  1. Maklumat Urusan Pengambilan (Statistik)
  2. Semakan Status Urusan Perkhidmatan
  3. Sistem Setuju Terima Tawaran Pelantikan
  4. Kalkulator Perkhidmatan

Kesemua maklumat semakan online di atas boleh disemak di Applikasi Semakan Online SPA.

B. Cara Membuat Pendaftaran Pekerjaan SPA

Kepada mereka yang berminat untuk memohon jawatan kerjaaan tidak kira kelayakan samada Sijil/ SPM/ Ijazah/ STPM dan sebagainya, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i secepat mungkin. Pendaftaran adalah sepanjag masa dan perlu dibuat secara online.

Untuk mendaftar SPA, sila klik pautan URL borang SPA8i yang dikongsikan di bawah ini :-

Pemohon perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Untuk makluman, syarat terkini pendaftaran pekerjaan melalui SPA8i adalah seperti berikut :-

  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon telah dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun sahaja. Jika telah tamat tempoh maka pemohon perlu mengisi Borang SPA8i sekali lagi.
  2. Permohonan jawatan tanpa had telah dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM.
  4. Calon yang memiliki Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, SPM danLatihan Separa Perubatan.
  5. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  6. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  7. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Kepada pemohon yang telah membuat permohonan SPA, selamat membuat Semakan Status Permohonan SPA Online iaitu Keputusan Peperiksaan SPA Dan Temuduga secara online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya menjadi sebahagian daripada pekerja perkhidmatan awam.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives