Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 Online

Kepada lepasan Sijil dan SPM yang berminat untuk mengikuti latihan kursus dalam bidang perubatan. Anda boleh cuba untuk membuat permohonan Latihan Separa Perubatan iaitu satu kursus yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi lepasan SPM yang berusia antara 17 hingga 25 tahun.

Sekiranya anda berminat dengan program Separa Perubatan SPA9 2024 dan belum membuat pendaftaran pekerjaan, anda boleh bernuat demikian dengan mendaftar akaun baru SPA9. Bagi anda yang ingin memohon jawatan kosong SPA Latihan Separa Perubatan sesi Julai 2024, permohonan telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Januari 2024 hari Isnin jam 11.59 malam.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil

Program Latihan Separa Perubatan adalah program latihan selama tiga tahun bagi lepasan Diploma dan dua tahun sahaja bagi lepasan Sijil. Pelatih akan mendapat elaun bulanan dan segala kemudahan akan disediakan di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas berakhirnya tempoh pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Menerusi iklan permohonan, berikut dikongsikan Syarat Kelayakan bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.

Syarat Kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan

  • Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

  • Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.

Senarai Program Latihan Separa Perubatan 2024

Terdapat beberapa program yang ditawarkan. Berikut merupakan senarai program Latihan Separa Perubatan bagi kemasukan sesi 2024:

  • Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

    1. Jururawat
    2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
    3. Penolong Pegawai Perubatan
    4. Juru X-ray (Diagnostik)
    5. Juruteknologi Makmal Perubatan
    6. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
    7. Penolong Pegawai Farmasi
    8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
    9. Jururawat PSL
    10. Juruterapi Pergigian
    11. Juruteknologi Pergigian

  • Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

    1. Pembantu Kesihatan Awam
    2. Pembantu Pembedahan Pergigian

Maklumat Lanjut Iklan Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024

Maklumat lanjut bagi cara memohon Latihan Separa Perubatan dapat dirujuk pada iklan kekosongan jawatan SPA di bawah ini.

Januari 2024

iklan-latihan-separa-perubatan-spa-januari-2024

Julai 2024

Iklan-latihan-separa-perubatan-spa-julai-2024

Nota : Bagi pemohon yang berkelayakan, mereka akan menerima surat panggilan temu duga dan sebuah ujian. Semakan pula dapat dibuat melalui Portal SPA pada bulan Oktober untuk sesi kemasukan Januari dan bulan April untuk sesi kemasukan Julai. Tempoh sahlaku permohonan untuk calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon mestilah mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Sumber: SPA

Cara Hubungi

  • Setiausaha
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pengambilan Khas
    Aras 7, Blok C7 Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    60520 PUTRAJAYA
    Tel : 88856000

Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan tahun 2024 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives