Syarat Permohonan Penolong Pegawai Farmasi SPA. Adakah hal berkaitan perubatan menarik minat anda? Sekiranya begitu, Latihan Penolong Pegawai Farmasi mungkin dapat menepati citarasa anda. Latihan Penolong Pegawai Farmasi ini merupakan antaralatihan separa perubatan yang dapat dipohon sekiranya andaberkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Apakah syarat kelayakan Penolong Pegawai Farmasi untuk latihan separa perubatan?
Sekiranya anda berminat dengan program Separa Perubatan SPA8i 2018 dan belum membuat pendaftaran pekerjaan, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar akaun baru SPA8i. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Farmasi SPA
Syarat Permohonan Penolong Pegawai Farmasi (Latihan Separa Perubatan)
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Atau Diploma
- Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalamPerkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Farmasi (Latihan Separa Perubatan Di Kolej KKM)
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:
- 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Berikut merupakanSyarat Kelayakan untuk menyertai Latihan Penolong Pegawai Farmasi:
- Warganegara Malaysia
- Umur:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh permohonan ditutup.
- Kelayakan:
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan:
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
Semoga perkongsian Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Farmasi dapat memberi faedah buat anda semua. Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan tahun 2018 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.