Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41

Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Meteorologi Gred C41? Sekiranya andaberkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan Meteorologi menarik minat anda, maka jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan Syarat Lantikan Pegawai Meteorologi Gred C41 yang memaparkan syarat lantikan dan jadual gaji.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Meteorologi Gred C41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41

Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 : Gaji Dan Syarat Lantikan

Berikut dikongsikan syarat lantikan dan kelayakan serta deskripsi tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Pegawai Meteorologi Gred C41 : Gaji Dan Syarat Lantikan

Secara asasnya, seorang Pegawai Meteorologi Gred C41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
  • Bertugas mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan. Menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenalpasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankanpenyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Juga menyediakan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Meteorologi Gred C41 adalah seperti di bawah

Jadual Gaji Pegawai Meteorologi Gred C41

KumpulanPengurusan dan Profesional
Kem/JabJabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Gaji Minimum RM 2,317.00
Gaji MaksimumRM 9,620.00
Kadar Peningkatan Gaji Setiap TahunRM 225.00

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41

Syarat Lantikan Pegawai Meteorologi

1. Secara asasnya, seorang Pegawai Meteorologi Gred C41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
a)Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
b)Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c)i) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains atmosfera atau oseanografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00); atau
ii) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang matematik, fizik atau geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00); atau
iii) Ijazah sarjana dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,835.35); atau
iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM3,146.69)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya

Berikut adalah maklumat syarat peningkatan jawatan secara lantikan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Meteorologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan
a)Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
b)Had umur pelantikan:
c)i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) Kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
 SUMBERSPA

Semoga perkongsian Syarat Lantikan beserta gaji dan deskripsi tugas Pegawai Meteorologi Gred C41  ini dapat memberi manfaat. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives