Deskripsi Tugas Pegawai Perikanan Gred G41 SPA

Skop Kerja Pegawai Perikanan Gred G41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja dalamsektor perkhidmatan awam (SPA)? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 SPA kerana ia mungkin sesuai untuk anda. Apakah anda tertanya-tanya tentang deskripsi tugas Pegawai Perikanan Gred G41 besertatangga gaji? Jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalamIjazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Perikanan Gred G41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Perikanan Gred G41 SPA

Deskripsi Tugas Pegawai Perikanan Gred G41 Dan Gaji

Secara asasnya, seorang Pegawai Perikanan Gred G41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-

  • Bertugas dalam merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pengembangan, didikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal Jabatan.

Maklumat jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/ Jabatan Perikanan Malaysia/ Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)

Jadual Gaji Pegawai Perikanan Gred G41

  • Gaji Minimum : RM2,084.00
  • Gaji Maksimum : RM9,551.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan Pegawai Perikanan Gred G41

Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Pegawai Perikanan Gred G41.

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • (a) warganegara Malaysia;
  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • (c)
    • ijazah sarjana muda sains kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred G41 iaitu RM2,288.16); atau
    • ijazah sarjana muda Sains (Perikanan) atau Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred G41 iaitu RM2,390.37); atau
    • ijazah sarjana muda Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred G41 iaitu RM2,492.57); atau
    • ijazah sarjana muda Arkitek Laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred G41 iaitu RM2,594.78).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perikanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Perikanan Gred G41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna dan memberi manfaat buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives