Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

Senarai Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 Beserta Gaji. Adakah anda seorang lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedangmencari pekerjaan? Anda berminat untuk menceburi bidang keselamatan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 termasukjadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaanmenerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  • Bertanggungjawab membantu menjalankantugas-tugas keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan termasuk mengendalikan latihan, kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perdana Menteri

Jadual Gaji Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,362.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,116.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c.
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred KP29 iaitu RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred KP29 iaitu RM1,493.00); atau
      3. bekas anggota polis atau tentera yang sekuran-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau
      4. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred KP29 iaitu RM1,770.95)
    • d. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. memenuhi kriteria di perenggan 1 (c);
    2. dan lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. Had usia pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Keselamatan di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives