Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Senarai Tugas Penolong Jurutera Gred JA29 Beserta Gaji. Untuk lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan PenolongJurutera Gred JA29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Jurutera Gred JA29 termasukjadual gajiminimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Jurutera JA29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaanmenerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Jurutera Gred JA29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranyakejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji Penolong Jurutera Gred JA29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Jurutera Gred JA29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,549.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,701.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
  • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c.
    • sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal bermula pada Gred L29 iaitu RM1,549.00); atau
    • diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal bermula pada Gred L29 iaitu RM1,935.02).

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Penolong Jurutera Gred JA29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Jurutera Gred JA29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives