Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i. Buat mereka yang sedang mencarijawatan kosong di Sektor Awam, tahukah anda bagaimana cara untuk membuat permohonan online Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i? Berikut dikongsikan cara membuat permohonan SPA secara online melalui borang SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i.

Permohonan Online Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan online bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i. Untuk mendapatkan borang SPA8i secara online, boleh klik disini.

Cara membuat Permohonan SPA8i Online:

  1. Daftar SPA melalui borang onlineSPA8i.
  2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan belum mempunyai ID, sila mohon ID tersebut sebagai Daftar Baru.
  3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila bacapanduan mengisi borang SPA8i.

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam SPA8i

Nota Penting

Antara Pengumuman Penting yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun;
  • Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja;
  • Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Bagi calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

Daftar Akaun Baru Atau Lupa Kata Laluan

Mulai 1 Julai 2016, SPA telah membuat penambahbaikan bagi Daftar Akaun Baru dan Lupa Kata laluan melalui integrasi dengan JPN:

  • Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi no kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID.
  • Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

Aplikasi Mobile

Adalah dimaklumkan, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPA8i dengan kerjasama MAMPU yang merupakan alternatif kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). mySPA8i terdiri daripada beberapa modul : –

  • Pendaftaran MyID;
  • Reset Kata Laluan;
  • Maklumat Pemohon termasuk maklumat Akademik dan Kokurikulum;
  • Maklumat Tambahan;
  • Pegawai Sedang Berkhidmat;
  • Jawatan Dipohon; dan
  • Pengakuan Pemohon.

Selain itu, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPAv2. Aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar membuat semakan bagi urusan berikut:

  • Semakan MyID
  • Jadual Temu duga
  • Keputusan Temu duga
  • Jadual Peperiksaan
  • Keputusan Peperiksaan
  • Berita
  • Hubungi Kami

 

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives