Skop Kerja Penerbit Rancangan SPA/ Syarat Lantikan

Senarai Tugas Penerbit Rancangan SPA Dan Gaji. Anda ingin menjadi sebahagian daripada wargakakitangan awam? Berikut dikongsikan skop kerja Penerbit Rancangan SPA B19 Hingga B53 beserta jadual gaji minimum/maksimum dan syarat lantikan/ kelayakan. Bagi mereka yang memiliki pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalambidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen. Termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. Jawatan Penerbit Rancangan merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penerbit Rancangan SPA, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Skop Kerja Penerbit Rancangan SPA Dan Syarat Lantikan

Deskripsi Tugas/ Skop Kerja Penerbit Rancangan SPA Dan Syarat Lantikan

Berikut merupakan deskripsi tugas Deskripsi Tugas Penerbit Rancangan SPA.

  • Bertanggungjawab dan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Jadual Gaji Penerbit Rancangan

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penerbit Rancangan.

Syarat Lantikan – Penerbit Rancangan : Skop Kerja Penerbit Rancangan

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penerbit Rancangan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;

b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Penerbit Rancangan Gred B19

c)

  • i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau
  • ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau
  • iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,418.12); atau
  • iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,476.24).

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Penerbit Rancangan Gred B29

d)

  • i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • iv) diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,777.78).

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Penerbit Rancangan Gred B41

e)

  • i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain.
    (Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,095.00); atau
  • ii) Ijazah sarjana muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,302.30).
  • iii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,302.30).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : Skop Kerja Penerbit Rancangan

2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv),1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) atau 1(e) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE Penerbit Rancangan GRED B21 ATAU B25

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 / Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).

SYARAT LANTIKAN TERUS KE PENERBIT RANCANGAN GRED B31 ATAU B37

4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penerbit Rancangan Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(d) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00).

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41

5. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurufotografi Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan::

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(e); dan

(b) had umur pelantikan:

  • (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B43, B47, B51 ATAU B53

6. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(e) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00).

Syarat Ujian Khas : Skop Kerja Penerbit Rancangan

  • Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Sumber :Portal Rasmi SPA

Diharap agar perkongsian skop kerja Penerbit Rancangan SPA beserta gaji ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Daftarlah dengan segera dan semoga berjaya.

 

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives