Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 Dan Gaji

Senarai Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 SPA Dan Gaji. Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalam bidang penilaian dan ingin tahu apakah deskripsi tugas Pegawai Penilaian beserta tangga gajinya, cubalah memohon jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 SPA kerana jawatan ini mungkin sesuai untuk anda. Jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penilaian Gred W41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 Dan Gaji

Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 SPA

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian SPA Gred W41

Antara tanggungjawab Pegawai Penilaian Gred W41 adalah seperti berikut:

  • Tugas utama ialah membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Jadual Gaji Pegawai Penilaian Gred W41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Penilaian Gred W41 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 2,094.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,585.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Penilaian Gred W41.

1. Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:

  • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
  • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c)
    • ijazah sarjana muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred W41 iaitu RM2,508.29).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c);
  • lulus Peperiksaan Ikhtisas Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber: SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Permohonan Jawatan Kosong Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Lepasan SRP/ PMR/ PT3. Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Lepasan SPM/ SVM/ SLM. Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Lepasan SPM/ SVM/ SLM. Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Operasi Lepasan SRP/ PMR/ PT3. Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup
Permohonan Jawatan Kosong SPA Terkini Mac 2018. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh
Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

error: Content is protected !!