Deskripsi Tugas Pegawai Latihan Gred E41

Berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Latihan Gred E41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD maka jawatan Pegawai Latihan Gred E41 merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Latihan Gred E41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan dan jadual gaji.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Latihan Gred E41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Latihan Gred E41

Pegawai Latihan Gred E41 : Senarai Tugas, Gaji Dan Syarat Lantikan

Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Latihan Gred E41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Deskripsi Tugas Pegawai Latihan Gred E41

Diantara tanggungjawab dan skop kerja Pegawai Latihan Gred E41 adalah seperti berikut :-

  • Bertugas merancang, mengelola dan mengawasi perjalanan Unit Latihan Kemahiran untuk semua jurusan. Mengajar dan memberi kuliah kepada pelatih-pelatih mengikut jurusan. Mengawal kesempurnaan perjalanan kursus-kursus kemahiran objektif yang ditetapkan bagi semua jurusan. Mengurus penempatan latihan loji (sambil kerja) dan menentukan kesempurnaan latihan. Menyelaras peperiksaan pelatih, membuat kajian, penilaian susulan kepada bekas pelatih. Berhubung dengan pihak luar mengenai latihan tambahan kepada pelatih. Menyelaras kurikulum kemahiran dengan pihak luar, seperti swasta bagi kegunaan institut. Bertindak sebagai kaunselor kepada pelatih.

Jadual Gaji Pegawai Latihan Gred E41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Latihan Gred E41 adalah seperti di bawah.

Kumpulan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

  • GAJI MINIMUM : RM 2,083.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,549.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Latihan SPA

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Latihan Gred E41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM2,083.00); atau
      • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi pengajian tinggi tempatanatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,286.57);
      • ijazah sarjana muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,490.99);
      • ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,797.62);
      • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,797.62);
      • ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 2,899.83)
      • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia . (Gaji awal bermula pada Gred E41 iaitu RM 3,002.03)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahapSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian deskripsi tugas Pegawai Latihan Gred E41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini. Tahniah yang berjaya dalam permohonan jawatan kosong Pegawai Latihan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives