Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19

Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 SPA Dan Gaji. Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang teknikal, jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 mungkin sesuai untuk anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Kemahiran Gred H19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera.

Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19

Skop Kerja Dan Gaji Pembantu Kemahiran Gred H19 SPA

Berikut dikongsikan Skop kerja iaitu Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 SPA

  • Melaksanakan kerja-kerja bantuan teknikal di bangunan kerajaan termasuk kerja pemasangan, membaik pulih, penyelenggaraan, pengawasan serta pengujian kenderaan atau jentera atau peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan agar selalu berada dalam kondisi yang elok dan selamat.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Perkhidmatan Kemahiran

Jadual Gaji Pembantu Kemahiran Gred H19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Kemahiran Gred H19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19.

    1. Calon bagi lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:
      • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
      • b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • c) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan
        (Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,377.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,435.12); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,435.12); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,493.24).
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred H19 iaitu RM1,493.24).
    2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

  • Pihak Berkuasa Melantik layak mempertimbangkan Pegawai yang sedang bertugas dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu atau Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis berkenaan Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • memenuhi ciri-ciri dalam perenggan 1(c); atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:
    • berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 58 tahun; atau
    • berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 60 tahun.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 ini dapat menjadi rujukan buat para pemohon. Selamat maju jaya kepada semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives