Tugas Pembantu Penyelidik Gred Q19 Dan Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Penyelidik Gred Q19 SPA Serta Gaji. Mahu kerja kerajaan? Sekiranya bidang penyelidikan menarik minat anda, cubalah memohon jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q19. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon bagi golongan lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Penyelidik Gred Q19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melaluiBorang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Tugas Pembantu Penyelidik Gred Q19

Deskripsi Tugas Pembantu Penyelidik Gred Q19 SPA

Berikut dikongsikan Senarai Tugas seorang Pembantu Penyelidik Gred Q19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Tugas Pembantu Penyelidik Gred Q19 merangkumi:

  • Menolong melakukan kajian penyelidikan dalam kegiatan dan projek-projek penyelidikan, penyimpanan dan mengemaskini inventori berkenaan sebarang projek serta menolong dalam proses persampelan di dalam dan luar makmal. Juga bertanggungjawab mengawasi disiplin kakitangan bawahan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji Pembantu Penyelidik Gred Q19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penyelidik Gred Q19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,355.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q19.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya
        (Gaji awal bermula pada Gred Q19 iaitu RM1,355.00); atau
      • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred Q19 iaitu RM1,355.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred Q19 iaitu RM1,411.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred Q19 iaitu RM1,467.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian jawatan kosong beserta deskripsi tugas Pembantu Penyelidik Gred Q19 ini dapat membantu para pemohon. Selamat maju jaya kepada semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives