Deskripsi Tugas Operator Loji Gred H11

Senarai Tugas Operator Loji Gred H11 SPA Beserta Tangga Gaji. Adakah anda berkelulusan peringkat PMR/ PT3? Jika anda berminat untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan, jawatan Operator Loji Gred H11 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan maklumatskop kerja atau Deskripsi Tugas Operator Loji Gred H11 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Mereka yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagai Operator Loji Gred H11 boleh membuat permohonan seperti berikut; Pemohon perlu membuatpendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.

Deskripsi Tugas Operator Loji Gred H11

Skop Kerja Dan Gaji Tugas Operator Loji Gred H11

Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Operator Loji Gred H11 di sektor perkhidmatan awam :

Deskripsi Tugas Operator Loji Gred H11 SPA

  • Bertugas terhadap pengendalian loji atau jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan secara berjadual atau berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang dan pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Gaji Operator Loji Gred H11

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Operator Loji Gred H11 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,218.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 2,939.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Operator Loji Gred H11.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      • minimum Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred Dua atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred Dua mengikut mana yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan
      • berkemampuan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim atau Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah seratus kaki persegi mana yang berkaitan.
        (Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,264.15).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Operator Loji Gred H11 ini mampu menolong anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives