Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11

Senarai Tugas Pembantu Operasi Gred N11 Beserta Jadual Gaji. Bagi lepasan PMR/ PT3 yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Operasi Gred N11 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11

Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11

Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Operasi Gred N11 di sektor perkhidmatan awam :

  • Menjalankan kerja-kerja dalam menolong melancarkan perjalanan kerja pejabat seharian membabitkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat atau dokumen atau saman atau notis dan pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang memiliki lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E. Bertugas menjalankan kerja-kerja operasi am berbentuk hands-on yang memerlukan kebolehan fizikal di dalam pejabat atau jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pembantu Operasi Gred N11

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Operasi Gred N11 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,216.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 2,983.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred N11 iaitu RM1,216.00).
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga mempunyai lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
        (Gaji awal bermula pada Gred N11 iaitu RM1,262.15).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives

Rahsia LULUS Temuduga Jawatan SPA

error: Content is protected !!