Permohonan Perajurit Muda TUDM 2018 Online

Adakah anda berminat untuk berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi sesi pengambilan tahun 2018? Jika ya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengambil bahagian dalam sesi pemilihan terkini pengambilan perajurit muda udara siri 59/18 lelaki. Berikut disediakan syarat kelayakan dan cara permohonan Perajurit Muda TUDM 2018 sebagai panduan buat anda yang berkelayakan dan berminat menjadi Perajurit Muda TUDM.

Kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma yang sihat tubuh badan bolehlah menghantar permohonan kepada TUDM. Permohonan secara online atau atas talian dapat dilakukan mulai saat ini bagi Pengambilan Perajurit Muda Udara TLDM 59/18 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat dalam pelbagai jenis kepakaran dan cawangan kemasukan untuk sesi Julai 2018.  Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2018.

Permohonan Perajurit Muda TUDM 2018 online

Pemilihan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 Dan Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara membuat permohonan Perajurit Muda Udara 2018 TUDM:

Syarat Kelayakan Permohonan Perajurit Muda TUDM 2018

A. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

  • TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua atau Tahap Tiga dalam bidang tertentu serta Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

B. SYARAT KELAYAKAN ASAS

  • Pemohon hendaklah berumur antara 18 hingga 25 tahun pada 1 JULAI 2018.
  • Memiliki kesihatan tubuh badan, penglihatan serta pendengaran yang baik tanpa memerlukan alat bantuan.
  • Menepati ciri-ciri fizikal seperti berikut:
    • Berat Badan tidak kurang dari 47.5 kilogram.
    • Ketinggian tidak kurang dari 1.62 meter.
    • Indeks Jisim Badan (BMI) antara nilai 18 hingga 25.
    • Ukuran Dada tidak kurang dari 76 sentimeter dalam keadaan biasa.
  • Mempunyai kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Atlit yang sedang aktif dalam mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu akan diberi keutamaan.

Cara Permohonan Perajurit Muda TUDM 2018 Online 

Berikut merupakan cara permohonan pengambilan Perajurit Muda TUDM 2018 untuk Lelaki secara online :

  • Pemohon boleh mengisi borang permohonan TUDM 2018 secara online menerusi pautan ini : BORANG TUDM 2018
  • Hanya calon yang mengisi borang atas talian serta menepati syarat-syarat yang telah diberikan akan berpeluang untuk terpilih ke sesi pemilihan awal. Sekiranya ada pemohon yang hadir tanpa pendaftaran awal atau secara walk-in, mereka tidak akan dilayan.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2018.

Jadual Senarai Diploma Tugas Khusus 

Untuk sebarang keterangan lanjut, rujuk maklumat di bawah

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda TUDM Siri 59/18 bagi Lelaki secara online. Selamat berusaha dan semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tentera udara ambilan Julai 2018.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives