Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

Deskripsi Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41SPA Beserta Gaji. Sekiranya bidang penerbangan menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41. Jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara

Deskripsi Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara SPA Gred A41

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 adalah seperti berikut:

Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara

  • Bertugas menyediakan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia berpandukan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan cara memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang. Ini untuk menolong mereka agar dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penerbangan Awam

Jadual Gaji Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 2, 325.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9, 637.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji awal bermula pada Gred A41 iaitu RM2, 325.00)
      • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji awal bermula pada Gred A41 iaitu RM2, 635.65); atau
      • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana satu daripada mata pelajaran Sains. Juga Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
      • Melepasi Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
      • Lulus pemeriksaan doktor bagi menentukan bahawa calon memiliki tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan dapat mengenalpasti dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan
      • Menamatkan kursus praperkhidmatan dengan jayanya di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Area Control serta mendapat Area Control Rating.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber: SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Tugas dan gaji Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 ini dapat memberi manfaat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives