Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 Beserta Gaji. Bagi lepasan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  • Bertanggungjawab terhadap Hakim Kanan, melaksanakan taksiran kos Mahkamah Rendah serta membekalkan kertas kerja perundingan apabila diperlukan oleh Hakim. Juga bertugas menyelia kerja kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran.

Senarai Tugas:

Berikut merupakan senarai tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29:

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Mahkamah Malaysia) :

  • Menguruskan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
  • Menerima, menyemak serta menandatangani dan merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan saman-saman dari pelbagai jabatan lain
  • Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran geledah sapina, perintah keluaran dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
  • Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua Mahkamah Majistret Jenayah
  • Mengawasi Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta menyelia kakitangan di bawah pengendalian

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :

  • Menemubual pelanggan dan menetapkan perkhidmatan yang diperlukan serta kelayakan pelanggan untuk mendapat pertolongan guaman
  • Menyemak dan meluluskan draf dokumen berkenaan dengan pelanggan serta kes yang telah disediakan oleh Pembantu Tadbir
  • Menghadirkan diri ke sebutan atau perbicaraan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil apabila mendapat arahan pengarah
  • Menyediakan laporan mingguan untuk kes-kes yang dikendalikan di mahkamah
  • Menyediakan khidmat nasihat guaman dalam setiap hal berkaitan undang-undang
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diterima oleh Pengarah dari semasa ke semasa

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :

  • Melakukan semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan tersusun dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkenaan sebelum menghadiri pendengaran kes di Mahkamah
  • Menghadiri mahkamah pada tarikh yang ditentukan dan memberitahu pihak mahkamah tentang status kes sama ada dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab memberi bantuan kepada Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah tentang perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak berkenaan
  • Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan semula fail-fail kepada kerani kebankrapan
  • Menandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak Imigresen
  • Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
  • Menguruskan Soalan Awalan terhadap bankrap untuk memeperoleh info lanjut tentang latar belakang bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap serta pasangannya dan sebagainya. Membekalkan penjelasan terhadap bankrap akan hak-hak beliau sebagai bankrap dan permohonan-permohonan yang dapat dilakukan dalam tempoh kebankrapan beliau serta menetapkan ansuran bulanan
  • Melakukan tindakan lanjut daripada info yang telah didapati dari siasatan yang dilakukan dengan cara menghubungi pihak terbabit termasuk melakukan carian di Pejabat Tanah untuk kes-kes yang membabitkan aset bankrap
  • Menetapkan tarikh MPP untuk menjadi pengerusi Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal Ehwal difailkan oleh bankrap
  • Menetapkan tarikh penangguhan MPP andainya korum tidak mencukupi; iklan atau warta belum diterbitkan atau hal-hal lain yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan
  • Menguruskan permohonan bankrap dan membekalkan penerangan lanjut terhadap sebarang permohonan yang diajukan bankrap:
    1. Permohonan Saksi di bawah Peruntukan 38(1)(a);
    2. Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
    3. Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
    4. Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
    5. Permohonan Keluar Masuk Gaji; dan
    6. Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105
  • Melakukan semakan untuk fail-fail lama yang layak bagi perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara

Jadual Gaji Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,773.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,674.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c.
      1. diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi tempatan .
        (Gaji awal bermula pada Gred L29 iaitu RM1,773.00); atau
      2. diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi tempatan .
        (Gaji awal bermula pada Gred L29 iaitu RM1,847.86).

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) dan Jurubahasa Gred LA19,LA22,LA26 adalah layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. memenuhi kriteria di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had usia pelantikan:
    1. berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    3. berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Undang-Undang di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives