Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan Gred KP19

Skop Kerja Dan Gaji Pembantu Keselamatan Gred KP19 SPA. Anda berminat untuk memasuki sektor perkhidmatan awam atau kerajaan? Jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dimohon jika anda adalah seorang lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan Gred KP19 termasuk maklumat jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Mereka yang ingin mengisi jawatan kosong Pembantu Keselamatan Gred KP19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan kerajaanmelalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan daftarlah secepat mungkin. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan Gred KP19

Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan SPA Gred KP19 Dan Gaji

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Keselamatan Gred KP19.

  • Sebagai penyelia dan penyelaras Pengawal Keselamatan Gred KP11 dan KP14. Bertugas memastikan laluan kawalan di setiap pintu masuk utama dan pintu masuk setiap bangunan diikuti serta mengarahkan para pengawal keselamatan mengawasi setiap pelawat yang memasuki kompleks.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perdana Menteri

Jadual Gaji Pembantu Keselamatan Gred KP19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Keselamatan Gred KP19.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,355.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan (Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan)

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • a) Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
      • b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • c) Syarat sijil;
        1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya . (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
        2. bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat tidak kurang dari Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya. Juga telah disahkan dalam jawatan tersebut. Mempunyai rekod perkhidmatan yang elok dan mampu bercakap, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
        3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,416.40); atau
        4. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,472.80).
    2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(1), 1(c)(3) atau 1(c)(4) mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat fizikal:

  • tinggi tidak kurang dari 1.57 meter untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa bersepatu;
  • berat badan tidak kurang dari 48 kilogram untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
  • memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
  • memiliki 79 sentimeter atau lebih ukuran dada yang biasa serta 84 sentimeter sewaktu menghela nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai kaca mata;
  • mengenali warna dan bunyi dengan baik; dan
  • diperiksa serta diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

  • Bagi Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawal Keselamatan, mereka layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • memenuhi kelayakan di perenggan 1(c); atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur tidak lebih dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 58 tahun; atau
    • berumur tidak lebih dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian gaji dan deskripsi tugas Pembantu Keselamatan Gred KP19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives