Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Pembangunan MasyarakatS29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 termasuk jadual gajiminimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  • Menyediakan khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Juga mengawasi,memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Selain itu, mengurus pertolongan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Gaji Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,493.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c.
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau
      3. Diploma dalambidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. memenuhi kriteria di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had usia pelantikan:
    1. berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    3. berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Undang-Undang di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives