Tugas Jururawat Masyarakat Gred U19

Deskripsi Tugas Dan Gaji Jururawat Masyarakat Gred U19. Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalam bidang perubatan, jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Jururawat Masyarakat Gred U19 beserta jadual gaji minimum/ maksimum. Selain itu, syarat lantikan dan kelayakan juga dapat dirujuk di bawah.

Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Jururawat Masyarakat Gred U19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, sangat dialu-alukan untuk mendaftar secepat mungkin.

Senarai Tugas Jururawat Masyarakat Gred U19

Deskripsi Tugas Jururawat Masyarakat Gred U19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Jururawat Masyarakat Gred U19 di Rumah Bidan Kerajaan Klinik Desa atau Pusat Kesihatan.

  • Sebagai ketua Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa (bagi yang ditugaskan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
  • Menyediakan bantuan kesihatan kepada ibu yang mengandung, bayi atau kanak-kanak.
  • Memberi khidmat rawatan ke rumah serta perkhidmatan perancangan keluarga.
  • Menyediakan khidmat kesihatan.
  • Membantu menyambut bayi yang baru lahir.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jadual Gaji Jururawat Masyarakat Gred U19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jururawat Masyarakat Gred U19.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Jururawat.

  • A. Warganegara Malaysia;
  • B. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • C. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta yang berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia. (Gaji permulaan bagi Gred U19: RM1,418.12).
  • D. Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Melantik layak mempertimbangkan berkenaan Peningkatan Secara Lantikan pegawai tersebut ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, bergantung kepada kekosongan, sekiranya telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

A. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta yang berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia; dan

B. Had umur pelantikan
(i)   bagi pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 55 atau 56 tahun, hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan; atau

(ii)  bagi pegawai yang persaraan wajibnya pada umur 58 atau 60 tahun, hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.

Sumber SPA

Semoga perkongsian tugas ini dapat dijadikan panduan buat para pemohonan. Selamat maju jaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives