Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Senarai Tugas Dan Gaji Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19. Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan

Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Antara tanggungjawab Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 adalah:

  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah atau mentah dan makanan kering menurut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
  • Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer berdasarkan tatacara penyimpanan.
  • Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
Penerimaan atau Penyimpanan Makanan Basah/Mentah dan Kering dari Pembekal

  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi syarat-syarat seperti dalam kontrak diterima.
  • Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
  • Merekod suhu stor, chiller dan freezer.

Pengeluaran Barang Makanan

  • Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah atau kering dari stor, freezer atau chiller.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Tugas Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,464.40).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan bermanfaat buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini dan moga segala urusan dipermudahkan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives