Senarai Tugas Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi)

Deskripsi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19. Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi) adalah salah satu jawatan kerajaan yang ramai dicari oleh pencari kerja di Malaysia. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi) untuk panduan semua. Juga dikongsikan jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat kelayakan.

Buat mereka yang berminat mengisi jawatan kosong Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi), anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan @ Borang SPA8i di Portal SPA.

Senarai Tugas Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi)

Senarai Tugas Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi) 

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi) adalah :-

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang

Jadual Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

  • GAJI MINIMUM : RM1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM4,003.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

Syarat Lantikan Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • c. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • c. Sijil Pelajaran Malaysia / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • umur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Panduan Senarai Tugas Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi) ini dari sumber SPA. Kepada mereka yang berminat, jom layari Portal Rasmi SPA untuk melihat senarai jawatan kosong yang ditawarkan.

2 Comments

  1. Muhammad Iril

    Looking for a job

    Reply
  2. Muhammad Iril

    Seeking for a job

    Reply

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives