Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 SPA

Temuduga merupakan peringkat terpenting dalam perjalanan untuk mendapatkan satu pekerjaan terutamanya pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Sekiranya anda adalah calon temuduga kerja kerajaan, sudah pasti anda perlu membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi sesi temuduga nanti. Salah satu persediaan yang dapat dilakukan untuk menghadapi sesi temuduga adalah dengan menyediakan rangka jawapan kepada soalan-soalan yang mungkin akan ditanyakan nanti. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 SPA buat rujukan semua.

Tahniah diucapkan kepada yang sudah berjaya dalam Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 dan bakal menduduki sesi temuduga Pembantu Tadbir Gred N19. Untuk makluman, anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan dan temuduga SPAsecara online.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 SPA

Berikut adalah contoh Soalan berserta Jawapan Temuduga Pembantu Tadbir SPA yang berkaitan tentang pengenalan diri, info jawatan, kenegaraan, isu semasa dan soalan psikologi.

Soalan dan Jawapan Temuduga Pembantu Tadbir N19 : PENGENALAN DIRI

Berikut adalah contoh soalan beserta jawapan :-

  1. Sila terangkan serba sedikit latar belakang mengenai diri anda?

    • Anda perlu terangkan secara ringkas nama, asal, umur, lulusan, pengalaman, pekerjaan sekarang, sumbangan
    • Contoh jawapan adalah seperti ini : Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.
    • Saya telah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.
  2. Apakah tugas anda di tempat kerja sekarang?

    • Ceritakan skop dan bidang tugas semasa anda.

Soalan dan Jawapan Temuduga Pembantu Tadbir N19 : INFO JAWATAN

  1. Senaraikan tugas-tugas pembantu tadbir Gred N19?

    • Ambil tahu dan buat kajian tugas seorang Pembantu Tadbir bergantung kepada kategori temuduga iaitu Kewangan atau Perkeranian/Operasi. Ketahui asas sahaja sudah cukup. Boleh rujuk di laman web SPA.
    • Contoh jawapan adalah seperti ini : Tugas-tugas bagi seorang pembantu tadbir di sektor awam adalah bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).
  2. Mengapa anda memohon menjadi Pembantu Tadbir sedangkan anda tiada pengalaman?

    • Ini adalah soalan menguji. Jawab dengan ikhlas jika anda tiada pengalaman. Katakan anda tiada masalah mencuba dan belajar perkara baru serta anda  sukakan cabaran.
  3. Sanggup atau tidak kalau anda ditempatkan di mana-mana lokasi di seluruh Malaysia jika berjaya temuduga?

    • Maklum bahawa anda tidak tahu di mana lokasi bekerja nanti. Jawab dengan jujur. Ambil jalan selamat, katakan anda sanggup dan bersedia kerana fokus dapatkan kerja lebih penting.
  4. Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi

    • Ini pula lebih menumpukan kepada aspek fail atau rekod dan kerja-kerja pentadbiran. Jadi, apabila ditanya nanti jawab bahawa anda akan ditugaskan menyediakan surat /dokumen rasmi, kerja-kerja filing, rekod surat masuk/keluar, rekod cuti kakitangan pejabat, fail mesyuarat, fail kursus dan perkara-perkara rasmi melibatkan pejabat.

Soalan dan Jawapan Temuduga Pembantu Tadbir N19 : KENEGARAAN

  1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

    • Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan bermula dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1970.
  2. Sebutkan 5 dasar-dasar Kerajaan Malaysia?

    • Bersih, Cekap dan Amanah
    • Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Pembangunan Sosial, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran, Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam, Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia.
  3. Tahu tak konsep 1Malaysia? Boleh berikan contoh perkara-perkara berkaitan 1 Malaysia?

    • Ini soalan “general”. Biasa sangat temuduga untuk apa sahaja jawatan, mesti ada soalan ini. Jadi, ambil tahu sedikit tentang perkara ini.
  4. Pertanyaan nama Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Kerajaan dan Agensi.

    • Ini juga soalan “general”. Buat kajian dan hafal terutama temuduga di bawah Kementerian. Sebagai contoh, anda mendapat temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 Kewangan atau Perkeranian/Operasi di bawah Kementerian Sumber Asli. Ambil tahu nama Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan peranan Kementerian.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 : ISU SEMASA

  1. Boleh anda terangkan berapakah harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang?

    • Berdasarkan berita yang saya tonton malam tadi, dimaklumkan harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang adalah 100 Dollar setong. Mungkin harga tersebut akan berkurang lagi berdasarkan keadaan ekonomi masa ini.
  2. Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ini dalam media massa?

    • Isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan isu krisis politik Syria di mana selepas kebangkitan rakyat di Mesir, kini di Syria berlakunya kebangkitan rakyat yang telah berlanjutan selama beberapa bulan. Ini adalah disebabkan kerana rakyat Syria yang bangkit menuntut keadilan dan juga menolak pemerintahan diktator Basyar Asssad yang kejam di mana bermula pemerintahan bapanya lagi sehingga semasa basyar memerintah, seramai lebih 60,000 rakyat Syria telah dibunuh oleh tentera-tentera mereka. Mereka akan membunuh siapa sahaja yang tidak menyokong mereka. Ini merupakan perbuatan yang sangat kejam.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 : SOALAN PSIKOLOGI

  1. Adakah anda sanggup berkhidmat di Sabah atau Sarawak/pedalaman?

    • Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Saya juga akan memastikan keluarga saya akan berpindah sama dengan saya jika perlu. Sejak dari dulu lagi, saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam ini mesti sanggup bertugas di mana- mana tempat yang diarahkan.
  2. Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?

    • Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman dan masih memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk memasuki bidang kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang muncul di depan mata.

Semoga perkongsian Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 ini dapat membantu anda dalam menjalani temuduga dengan mudah. Semoga berjaya buat semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives