Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan Pembantu Penerangan S19 SPA. Menurut Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), peperiksaan Pembantu Penerangan Gred S19 akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 (soalan peperiksaan) buat rujukan semua.

Jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 ini merupakan jawatan Kumpulan Pelaksana yang berada di bawah Jabatan Penerangan Malaysia. Sekiranya calon lulus peperiksaan ini serta temuduga, calon akan berkhidmat di bawah pelbagai Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Kerajaan atau mana-mana jabatan yang perlukan khidmat Pembantu Penerangan.

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

Tips Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 SPA

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA buat rujukan para pemohon.

Format Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 (Sektor Awam)

Seperti sedia maklum, Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 SPA terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

Setiap seksyen direka bersesuaian dengan tahap peperiksaan Gred S19 yang akan menguji daya pemikiran calon. Persiapan yang secukupnya amatlah digalakkan sebelum peperiksaan untuk calon lulus dengan cemerlang.

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 (Exam Sektor Awam)

Berikut merupakan perkongsian maklumat berkaitan huraian topik peperiksaan Pembantu Penerangan S19 serta contoh soalan bagi setiap bahagian.

Seksyen A : Pengetahuan Am

Dalam seksyen A, calon akan diuji dengan soalan berunsurkan pengetahuan am mengenai Malaysia dan Dunia. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, sosial, sukan, agama dan lain-lain hal perkembangan semasa.

Masa : 15 Minit
Bilangan Soalan : 20

Contoh Soalan: Contoh Soalan Pembantu Penerangan

1. Jabatan Penerangan Malaysia ialah sebuah jabatan di bawah?

  • A Jabatan Perdana Menteri.
    B Jabatan Perkhidmatan Awam.
    C Kementerian Penerangan Malaysia.
    D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan: C

2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali

  • A KPMG.
    B Lloyds.
    C Ernst & Young.
    D PricewaterhouseCoopers.

Jawapan: B

3. Kunci kira-kira menunjukkan maklumat

  • A. Catatan dalam Imbangan Duga
    B. Kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
    C. Semua catatan penutupan sesebuah perniagaan
    D. Senarai baki aset, ekuiti dan liabiliti pemilik perniagaan pada sesuatu tarikh

Jawapan: B

4. Ketua Perwakilan Malaysia di negara-negara Komanwel dikenali sebagai

  • A) Duta
    B) Konsul
    C) Konsul Kehormat
    D) Pesuruhjaya Tinggi

Jawapan: B

5. Jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah

  • A) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
    B) Ketua Hakim Negara
    C) Ketua Setiausaha Negara
    D) Perdana Menteri

Jawapan: A

6. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di Parlimen dikenali sebagai

  • A) Akta
    B) Dasar
    C) Ordinan
    D) Enakmen

Jawapan: A

7. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah

  • A. Kementerian Kewangan
    B. Kementerian Dalam Negeri
    C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan

Jawapan: A

8. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

  • A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
    B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
    C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
    D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

9. Bumiputera atau Peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat. Golongan yang dikira sebagai Bumiputera menurut undang-undang adalah semua seperti berikut kecuali

  • A) Pendatang yang menetap melebihi 50 tahun
    B) Suku kaum Orang Asli
    C) Orang Melayu
    D) Peribumi Sabah & Sarawak

Jawapan: A

10. Dimanakah terletaknya Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu?

  • A. Perak
    B. Kedah
    C. Johor
    D. Sabah

Jawapan: B

11. Ia merupakan tinggalan manusia moden (Homosapiens) yang terpenting pernah ditemui di Malaysia kerana usianya, berkeadaan lengkap dari sudut anatominya. Fakta ini adalah berkaitan

  • A) Batu Bersurat Terengganu
    B) Rangka Manusia Purba Gua Chawan
    C) Rangka Zaman Neolitik di Guar Kepah
    D) Manusia Perak di Lembah Lenggong

Jawapan: D

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Masa : 20 Minit
Bilangan Soalan : 15

Dalam Seksyen ini, ia mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik – Contoh Soalan Pembantu Penerangan

Calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Apakah K?

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

Jawapan: C

2. Isikan nombor yang sesuai di hujung garisan bertanda S

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

A. 469
B. 220
C. 110
D. 55

Jawapan: A

Teknik Menjawab:
= 59 – 4 = 55 x 2
= 117 – 7 = 110 x 2
= 235 – 15 = 220 x 2
= 469 – 29 = 440

3. Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

A. 64
B. 54
C. 49
D. 4

Jawapan: B

Teknik Menjawab :
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data – Contoh Soalan Pembantu Penerangan

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa
data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang C. 60 orang
B. 40 orang D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan – Contoh Soalan Pembantu Penerangan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 – 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 – 200 = 40

2. Jadual di bawah menunjukkan tinggi sekumpulan murid.

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

Diberi bahawa kelas mod ialah 161 – 170 cm. Nilai x tidak mungkin ialah
A. 7 C. 10
B. 9 D. 11

Jawapan: A

3. Jadual berikut menunjukkan jatuhan pin peserta dalam satu Liga Tertutup Boling Agensi ABC. Berapakah beza jatuhan pin antara pasukan 1 dan 3 pada bulan Februari dan Mac?

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19 SPA

A. 20
B. 25
C. 36
D. 40

Jawapan: C

iii) Konsep Matematik – Contoh Soalan Pembantu Penerangan

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

1. Diberi a – 4b = 9 dan 2a + 4b = 15. Cari nilai bagi a.

  • A. 10
    B. 8
    C. 1/8
    D. – 10

2. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah

  • A. 10Q + 5P = 22
    B. 50P + Q = 22
    C. 10P + Q = 22
    D. 10P + Q = 220

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?

  • A. 11
    B. 13
    C. 15
    D. 17

4. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit?

  • A. 55
    B. 50
    C. 40
    D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

  • A. 4 tahun
    B. 3.5 tahun
    C. 5 tahun
    D. 4.5 tahun

6. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?

A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50

Jawapan: D

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar ?.

  • A. 2.7%
    B. 3/4
    C. 0.013
    D. 16/45

Jawapan: B

8. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.

  • A. 0.25 liter
    B. 0.26 liter
    C. 1.28 liter
    D. 2.6 liter

Jawapan: B

9. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

  • A. 2.05
    B. 5.55
    C. 8.45
    D. 10.55

Jawapan: D

10. x(x-2y)-(y-x)2 =

  • A. –y2
    B. 2×2-y2
    C. 2xy-y2
    D. -2xy-y2

Jawapan: C

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Masa : 15 Minit
Bilangan Soalan : 20

Dalam Seksyen ini, calon akan diuji tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi satu (1) petikan pendek beserta 5 soalan kefahaman dan 15 soalan tatabahasa seperti berikut:

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19

1. TITLE: MALAY FOOD

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan (coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays

  • A. use flavouring when they cook.
    B. use spices in their cooking.
    C. eat vegetables everyday.
    D. eat spicy food only.

Jawapan : B

2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means

  • A. main ingredient in a dish
    B. main food that a person eats
    C. food that is eaten by everyone
    D. food that is everyone’s favourite

Jawapan : B

3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it

  • A. has coconut milk in it
    B. has local ingredients
    C. is cooked with spices
    D. is simply delicious

Jawapan : A

2. TITLE: DOLPHINS – Contoh Soalan Pembantu Penerangan

Dolphins are regarded as the friendliest creatures in the sea and stories of them helping drowning sailors have been common since Roman times. The more we learn about dolphins, the more we realize that their society is more complex than people previously imagined. They look after other dolphins when they are ill, care for pregnant mothers and protect the weakest in the community, as we do. Some scientists have suggested that dolphins have a language but it is much more probable that they communicate with each other without needing words.

Could any of these mammals be more intelligent than man? Certainly, the most common argument in favor of man’s superiority over them that we can kill them more easily than they can kill us is the least satisfactory. On the contrary, the more we discover about these remarkable creatures, the less we appear superior when we destroy them.

1. It is clear from the passage that dolphins

  • A. don’t want to be with us as much as we want to be with them.
    B. are proven to be less intelligent than once thought.
    C. have a reputation for being friendly to humans.
    D. are the most powerful creatures that live in the oceans.

Jawapan : C

2. The fact that the writer of the passage thinks that we can kill dolphins more easily than they can kill us

  • A) means that they are better adapted to their environment than we are.
    B) shows that dolphins have a very sophisticated form of communication.
    C) proves that dolphins are not the most intelligent species at sea.
    D) does not mean that we are superior to them.

Jawapan : D

3. One can infer from the reading that…

  • A. dolphins are quite abundant in some areas of the world.
    B. communication is the most fascinating aspect of the dolphins.
    C. dolphins have skills that no other living creatures have such as the.
    ability to think.
    D. dolphins have some social traits that are similar to those of humans.

Jawapan : B

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang di atas hanyalah sekadar rujukan sahaja dan bukan merupakan soalan ramalan atau bocor.

Diharap agar perkongsian Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ini dapat membantu anda menjawab soalan peperiksaan dengan mudah. Semoga berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives