Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA

Panduan buat calon peperiksaan online SPA. Adakah anda mengetahui struktur soalan peperiksaan online yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Buat pengetahuan semua, kini anda akan diberikan dua atau tiga seksyen soalan oleh pihak SPA. Salah satu daripada seksyen soalan tersebut merupakan soalan daya menyelesaikan masalah. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA buat rujukan semua.

Soalan daya menyelesaikan masalah adalah bentuk soalan yang lebih ke arah pengiraan dan menguji daya fikiran dalam menyelesaikan masalah. Seksyen ini dikatakan agak mencabar kerana calon hanya diberikan masa 50 minit untuk menjawab kesemua 40 soalan.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini memerlukan calon untuk menggunakan kemahiran logik, menginterpretasi dan menganalisis data. Namun ia hanya merangkumi silibus SPM. Buat pengetahuan calon juga, seksyen ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kemahiran menggunakan logik, kemahiran menginterpretasi data dan konsep matematik dan akaun.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA (Tips)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA

  • Masa : 45 Minit
  • Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Urutan yang terakhir ialah rajah

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Jawapan: C

2. Apakah nilai paling sesuai bagi A?

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

Jawapan: B

Teknik menjawab:
94 / 47 = 2
180 / 45 = 4
126 / 42 = A
A = 3

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa
data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 160 orang
B. 200 orang
C. 400 orang
D. 560 orang

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 160 + 400
= 560
Pelancong tempatan = 2/3 x 600
= 400
Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun 2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007 hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Bilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialah

A. 30
B. 60
C. 80
D. 140

Jawapan: C

Teknik menjawab:

Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah
Bilangan kamera digital pada tahun 07/08 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 09/10 = 290 – 150
= 140 buah
Oleh yg demikian,
3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20
dan 4 buah = 4x 20 = 80 buah

Oleh itu jualan kamera digital pada tahun 2010 ialah sebanyak 80 buah.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.
cContoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29
Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A. 105m2
B. 125m2
C. 230m2
D. 245m2

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
= 25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 m

Luas petak B = 15 * 7 = 105 m210

2. Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

A. RM100
B. RM120
C. RM160
D. RM200

Jawapan: B

Teknik Menjawab:

10% daripada jumlah gaji = RM100
100% gaji = 100/20 x RM100 = RM1,000
20% kenaikan gaji = 20/100 x RM1,000
= RM200
= RM200 + RM1,000
= RM1,200

Bil kad kredit baru = 10% x RM1,200
= RM120

Diharap agar perkongsian Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan SPA ini dapat membantu anda menjawab soalan peperiksaan dengan mudah. Semoga berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives