Deskripsi Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41

Adakah berminat untuk bekerja sebagai seorang Pegawai Komunikasi Strategik? Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 beserta tangga gaji? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41

Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 SPA

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Deskripsi Tugas Pegawai Komunikasi Strategik SPA Gred S41

Antara tanggungjawab Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 adalah seperti berikut:

  • Bertugas merancang, menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, portal dan sebagainya.

Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Pegawai Komunikasi Strategik SPA Gred S41

Perancangan

  • merancang, menganalisis dan menulis artikel mengenai isu-isu membabitkan dasar negara dan isu semasa secara proaktif untuk mempromosi dan menjelaskan dasar kerajaan untuk difahami oleh setiap kumpulan sasaran;
  • merancang dan merangka tindakan strategik dan pelan intervensi yang sesuai digunakan bagi menangani isu-isu berbangkit di media sosial baharu seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan portal;

Penganalisisan

  • melihat trend dan menganalisis dasar dan program kerajaan melalui media sosial;
  • menganalisis persepsi dan reaksi terhadap dasar dan program kerajaan;

Promosi

  • menyebarkan maklumat Kerajaan melalui media sosial;
  • meningkatkan jaringan rangkaian media siber kerajaan menerusi media sosial;
  • merancang promosi penggunaan media siber yang sihat di kalangan masyarakat;

Pemantauan

  • memantau dan menganalisis situasi semasa dan membuat ramalan strategik berkenaan impak sesuatu isu dalam media siber;
  • memberi tindak balas segera (real time) terhadap isu dan komen mengenai kerajaan oleh pengguna media sosial; dan
  • memantau penggunaan media sosial dan menyediakan laporan pemantauan dan risikan secara berterusan.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Gaji Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 2,078.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,544.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Komunikasi Strategik

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41.

  • 1. Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,078.00)
      • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86)
      • ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,690.70)
      • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,997.32)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • 2. Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Calon adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S43, S47, S51 atau S53, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan 2; dan
  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.(Gaji permulaan lantikan pada Gred S43: RM3,551.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred S47: RM5,117.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred S51: RM5,750.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred S53: RM6,070.00)

Sumber: Portal Rasmi SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.

 

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives