Tugas Pembantu Penerangan Gred S19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Penerangan Gred S19 SPA Dan Gaji. Berminat menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam? Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Penerangan Gred S19 termasukjadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Penerangan Gred S19, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Tugas Pembantu Penerangan Gred S19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Penerangan Gred S19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Penerangan Gred S19.

  • Menolong menuliskan nota buat pengarang berkenaan aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar dalam bentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, menolong menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara. Tidak terkecuali menjawab pertanyaan berkaitan dasar-dasar kerajaan, mengesahkan kesahihan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan serta menolong dalam pengurusan dan penyelarasan pusat media.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Penerangan

Jadual Gaji Pembantu Penerangan Gred S19

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penerangan Gred S19.

  • GAJI MINIMA : RM 1,355.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 4,007.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Pembantu Penerangan Gred S19

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pembantu Penerangan Gred S19.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas dan gaji Pembantu Penerangan Gred S19 ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Daftarlah dengan segera dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives