Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan

Contoh Surat Pengesahan Jawatan Terbaik Dan Mudah. Panduan buat pekerja yang ingin menulis surat Pengesahan Majikan dan Jawatan. Bagaimanakah bentuk contoh surat pengesahan majikan? Pengesahan majikan bererti pengesahan terhadap seseorang pekerja yang bekerja di dalam sesebuah syarikat. Surat tersebut memaparkan maklumat pekerja, jumlah gaji, jawatan, tempoh perkhidmatan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin tahu apa itu surat pengesahan jawatan pula, ia adalah satu proses pengesahan lantikan seseorang pekerja (job confirmation) yang bersetuju untuk menerima tawaran pekerjaan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat-syarat tawaran pekerjaan.

Pengesahan jawatan biasanya dalam tempoh sebulan hingga 6 bulan dan lebih lama bergantung pada prestasi pekerja. Berikut dikongsikan Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Terbaik yang mudah dan ringkas.

Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Terbaik Dan Mudah

Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Terbaik Dan Mudah

Berikut adalah diantara contoh surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Terbaik Dan Mudah :-

Surat Pengesahan Jawatan Contoh 1

PENGURUS
XYZ SDN BHD,
80200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM

 

Tuan,

PERKARA : PENGESAHAN JABATAN PENGURUS
Nama: Ali Bin Ahmad
No. K/P: xxxxxx-xx-xxxx

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut:

I. Telah berkhidmat selama 10 tahun.

II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2006.

III. Gaji : RMxxx

Elaun Tetap : RMxxx

IV. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman atau dakwaan terhadap beliau. Beliau juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.

MAJIKAN

Nama:
Jawatan:
Tarikh:

 

Surat Pengesahan Jawatan Contoh 2

                                                                                                                                                                                                                                                               Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 8, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan                                                                                                                                                                                                                                                62520 PUTRAJAYA

Tuan,

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat ………………………………………………………………………………………………………………….                                                                 Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:

  1. Nama                              :
  2. No. Kad Pengenalan       :
  3. No. Pekerja/No. Gaji       :
  4. Tarikh Mula Berkhidmat : (hh/bb/tt)
  5. Tarikh Meletak Jawatan  : (hh/bb/tt)
  6. Jawatan                           :
  7. Bahagian                         :
  8. Status Jawatan                : (Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan)
  9. Gaji Pokok                       :
  10. Gaji Pokok                       :                                                           (termasuk elaun)

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)
Nama dan cop syarikat.

Surat Pengesahan Jawatan Contoh 3

Tarikh: xxxxxxxxxx
Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

PERKARA : PENGESAHAN PEKERJA ALI BIN AHMAD

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, ALI BIN AHMAD, No kad pengenalan: NO KP adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran) dan telah bertugas sejak dari tahun 2010 sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM 1496.03.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

PENGURUS BESAR SYARIKAT

Surat Pengesahan Jawatan Contoh 4

SURAT PENGESAHAN PEKERJA ALI BIN AHMAD
XYZ SDN BHD,
80200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
NO. TEL:

 

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, ALI BIN AHMAD, No kad pengenalan: NO KP  telah bertugas sejak dari tahun 2010 di XYZ SDN. BHD sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM 1496.03.

(NAMA PENGURUS)
JAWATAN
XYZ SDN BH

Diharap agar perkongsian senarai contoh surat pengesahan majikan dan jawatan yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya. Diharap agar anda terus berjaya dalam kerjaya anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives