Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 (SPA)

Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 SPA Dan Tangga Gaji. Adakah anda berkelulusan peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil? Sekiranya anda berkeinginan untuk memohon kerja yang berkaitan dengan elektrikal, jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan Senarai skop kerja atau Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 termasukjadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Panduan buat mereka yang berkeinginan untuk memenuhi kekosonganjawatan kerajaan sebagai Penjaga Jentera Elektrik Gred J19. Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaanmelalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.

Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 (SPA)

Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 Dan Gaji

Berikut merupakan deskripsi tanggungjawab seorang Penjaga Jentera Elektrik Gred J19.

  • Bertugas menjalankan skop kerja penyenggaraan serta operasi terhadap sistem pemasangan elektrik dengan memastikan tatacara atau prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan

Jadual Gaji Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penjaga Jentera Elektrik Gred J19.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,355.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan (Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik)

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • a) Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
      • b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • c) Syarat sijil;
        1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Juga minimum Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          Gaji awal bermula pada Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:

          • A0/A1 : RM1,435.12
          • A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
          • B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36
    2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

  • Bagi Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah, mereka layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • memenuhi kelayakan di perenggan 1(c); atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur tidak lebih dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 58 tahun; atau
    • berumur tidak lebih dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 60 tahun.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga rezeki berpihak kepada anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives