Cara Mudah Memohon Kerja Dan Menjawab Pitch Di Jobstreet

Cara Mudah Memohon Kerja Di Jobstreet

 

 

Disini kami kongsikan kepada anda cara untuk setup profile Jobstreet anda dengan betul.

  • Koleksi resume terbaik dalam pelbagai bidang pekerjaan klik TIP RESUME

Persediaan utama yang anda perlu lakukan

  1. Gambar Professional anda.
  2. Resume.
  3. Maklumat Pendidikan.
  4. Facebook/Email (mereka yang baru).

Kemudian langkah seterusnya yang anda perlu lakukan ialah :

  • Login

-Login atau register di laman JobStreet.my selepas itu anda boleh click pada bahagian update profile. 

  • Experience

-Dibahagian ini sila pastikan anda memberikan segala maklumat yang diminta  dengan lengkap berserta dengan penerangan.

-Pastikan anda membuat pemilihan Experience dengan betul, pemilihan ini amat penting untuk Jobstreet.my  gunakan bagi memilih jawatan yang sesuai untuk anda.

  • Education

-Dibahagian ini sila pastikan anda berikan maklumat penuh pendidikan anda kerana jika anda baru sahaja menamatkan pengajian “fresh graduate” maklumat education ini sangat penting tetapi jika anda sudah berpengalaman dan sudah lama berkerja maka bahagian Experience adalah penting untuk anda.

  • Skill

-Bahagian ini adalah antara perkara utama yang dilihat oleh majikan ketika melihat profile jobstreet anda. Jika skill yang anda pamerkan di jobstreet diperlukan untuk jawatan itu maka mereka akan mula melihat info-info yang lain tentang anda jadi pastikan anda masukkan skill anda dengan betul dan tepat.

  • Languages

– Pastikan juga anda mengambil ujian JELA yang ditawarkan oleh jobstreet untuk menilai tahap penguasaan anda dalam bahasa inggeris. Selain itu sila nyatakan penguasan anda dalam dalam bahasa-bahasa lain ini boleh menarik minat majikan.

  • Upload Resume 

-Sila pastikan anda upload resume terkini anda dan jangan lupa pastikan anda tukar gambar profile jobStreet anda kepada lebih professional.

Penulisan bahagian PITCH

Dalam membuat permohonan secara online dengan menggunakan laman sesawang Jobstreet, penulisan dibahagian PITCH dengan baik adalah sangat penting. Ini kerana bahagian ini dapat menarik perhatian majikan membaca permohonan anda. Sekiranya Pitch yang anda hantarkan itu bagus dan menarik sudah tentu anda dapat menarik minat majikan anda untuk membaca profile jobstreet anda sepenuhnya sekaligus memberi peluang yang cerah untuk anda dipanggil untuk ditemuduga.

Tips menulis PITCH di Jobstreet

Disini kami kongsikan kepada anda tips dan cara  menulis Pitch dengan baik yang boleh menarik perhatian majikan untuk menerima permohonan anda.

  1. Semasa menulis Pitch ini perkara yang harus anda tahu adalah kelebihan diri anda jika anda diterima untuk mengisi jawatan itu . Jadi sebelum anda menulis 300 patah perkataan yang diberikan anda hendaklah mengkaji terlebih dahulu jawatan yang anda ingin mohon dan bagaimana kelebihan dan kemahiran anda diperlukan untuk jawatan yang anda pohon.
  2. Jika anda seorang fresh graduate jangan letakkan gaji yang terlalu tinggi dan tidak bersesuaian dengan status dan pengalaman bekerja anda.

Diharapkan dengan sedikit tips yang kami kongsikan ini dapat membantu anda mendapat pekerjaan yang anda inginkan dan terus maju jaya dalam kehidupan.

 

 

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives