Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

Panduan buat calon peperiksaan online SPA. Adakah anda mengetahui struktur soalan peperiksaan online yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Buat pengetahuan semua, kini anda akan diberikan dua atau tiga seksyen soalan oleh pihak SPA. Salah satu daripada seksyen soalan tersebut merupakan soalan pengetahuan am. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA buat rujukan semua.

Soalan pengetahuan am peperiksaaan online SPA berbentuk umum. Kebiasaannya soalan-soalan yang akan ditanya melibatkan perkara-perkara termasuk bidang kerja sosial, perpaduan negara dan keharmonian negara. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran negara dan keselamatan negara juga mungkin ditanya.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA (Tips)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

  • Masa : 40 Minit
  • Bilangan Soalan : 50

Contoh soalan-soalan pengetahuan am adalah seperti berikut:

1. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :

A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

2. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui Perbincangan
Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah:

A. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B. Kementerian Komunikasi & Multimedia
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Belia dan Sukan

3. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kecuali:

A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan
kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status
negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah,
pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional
Malaysia (MyNDS)

4. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di Malaysia:

I. Mahkamah Rendah –> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas –> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat –> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

5. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara?

A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

6. Pilih kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?

I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI:

A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Diharap agar perkongsian Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA ini dapat membantu anda menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan cemerlang. Semoga berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives