Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2017 1805 views

Permohonan Dan Pengambilan TUDM 2017 Tentera Udara DiRaja Malaysia – Perajurit Muda. Dikongsikan dari Portal Rasmi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), berikut dikongsikan senarai pengambilan dan permohonan melibatkan kerjaya/ jawatan kosong di TUDM. Maklumat yang dikongsikan memaparkan senarai Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2017 melibatkan Perajurit Muda Udara, Pegawai Kadet dan kerjaya lain-lain pangkat di TUDM.

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2017

Senarai Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2017

Berikut dikongsikan makumat pengambilan dan permohonan terkini di TUDM :-

1. Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 5717 (Lelaki) : Tugas Khusus

Peluang keemasan kepada para belia negara yang berminat untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangat (LLP) didalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

Kelayakan Akademik

  • Tugas Khusus : Diploma dalam bidang Kejuruteraan seperti disenaraikan di bawah ini.
  • Mendapat pencapaian LULUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Gaji permulaan : RM2,026.07

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2017

Syarat-Syarat Lain

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2017

Cara Buat Permohonan

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan untuk pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (Lelaki) : Tugas Khusus :-

  • Resume : Calon perlu memajukan resume bersama borang permohonan di TUDM bersama salinan MyKad, Sijil Lahir Terkini, MyKad Ibu dan bapa, Sijil Diploma dan Sijil SPM
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Mac 2017

Cara Hubungi

2. Pemilihan Awal Terbuka Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (LELAKI) Zon Sabah Dan Sarawak

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan sila hadir ke lokasi seperti berikut:

  • A. Lokasi : Markas Staf Stesyen, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
  • Tarikh : 28 Feb 2017 (Selasa).
  • Masa Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.
  • B. Lokasi : Pangkalan TLDM, KD Sri Tawau.
  • Tarikh : 2 Mac 2017(Khamis).
  • Masa Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.
  • C. Lokasi : Sibu. SMK Sacred Heart, KM3 Jalan Ulu Oya
  • Tarikh : 14 Mac 2017
  • D. Lokasi : Kuching. SMK Pending, 801-3B Jalan Tun RazakMasa Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi.
  • Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.
  • Masa Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi

Dokumen yang diperlukan semasa sesi pemilihan adalah seperti berikut:

  • a. MyKad.
  • b. Sijil Lahir.
  • c. Sijil Akademik (SPM/SKM/Diploma).
  • d. Salinan MyKad Ibu dan Bapa.
  • e. Alat tulis secukupnya.

Kepada mereka yang berminat menyertai Tentera, jangan lepaskan peluang ini. Sila rujuk maklumat pengambilan terkini dari masa kesemasa di Laman Web Rasmi TUDM. 

Share this job

TUDM atau Tentera Udara Diraja Malaysia adalah sebuah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Matlamat Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

TUDM secara menyeluruh bermatlamatkan untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara. Sebagai salah satu elemen pertahanan di dalam Angkatan Tentara Malaysia, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh. Ia melibatkan “offensive airstrike“, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.
Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.

Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.

Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives

Rahsia LULUS Temuduga Jawatan SPA

error: Content is protected !!